Admin share kan antara koleksi-koleksi pelamin yang pernah berlangsung di Restoran Klasik Terapung.
Tahukah anda, Restoran Klasik Terapung telah mengadakan lebih dari 150 majlis perkahwinan sejak tahun 2007. Termasuk majlis orang ternama seperti anak Dato’, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Tuan Haji, Pegawai Atasan, Ketua Jabatan Kerajaan dan lain-lain lagi. Ada juga pelanggan yang telah buat hampir kesemua majlis perkahwinan anak mereka di Restoran kami. Jom tengok antara koleksi pelamin kami.
Kenapa buat Majlis Perkahwinan di Restoran Klasik Terapung?
1. Mudah dan cepat
2. Anda tidak perlu pening fikirkan pasal kemah, dewan, kompang, dj, pinggan mangkok, set VIP, ruang solat & parkir untuk tetamu, tandas dan sebagainya.
3. Tidak perlu susah kemas dewan.
4. Tidak perlu ikut tepat jam 4 petang habis majlis.
5. Barang rumah anda lebih selamat jika buat majlis di Restoran Klasik Terapung berbanding di rumah.
6. Tetamu dapat menjamu selera dengan aman dan selesa.
7. Lokasi yang cukup luas dan selesa.
8. Lokasi hanya 5minit dari Tol Ayer Keroh. Mudah untuk tetamu anda yang luar dari Melaka nak datang.
8. Ada ruang parkir yang luas
9. Ada surau lelaki & perempuan
10. Ada tandas lelaki & perempuan
11. Ada taman permainan untuk kanak-kanak.
12. Tak perlu menyusahkan saudara-mara.
13. Habis majlis boleh rehat secukupnya.
Antara testimoni Majlis Perkahwinan di Restoran Klasik Terapung:
– CIKGU AMIN (Jasin, Melaka)
” Salam En Syafiq, saya cikgu Amin sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Syafiq dan keluarga Restoran Klasik Terapung kerana telah menjayakan majlis perkahwinan anak saya dengan sempurnanya. Keluarga saya dan tetamu jemputan saya amat berpuas hati dengan makanan yang disajikan dan tempat yang cukup santai dan unik ”
Tarikh majlis Cikgu Amin 06/02/2016
– PUAN SHIDA (Melaka Tengah, Melaka)
” Salam kepada warga Restoran Klasik Terapung kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Restoran dengan jayanya menyempurnakan majlis anak ke-4 kami disini. Alhamdulillah majlis yang ke-4 ini pun sempurna dengan majlis anak kami yang lain. InsyaAllah untuk anak saya yang ke-5 pun akan dibuat di Restoran Klasik Terapung. Jangan lupa beli majalah Pesona Pengantin keluaran Oktober 2016. Majlis anak yang dibuat di Restoran Klasik Terapung telah diterbitkan di majalah itu.
Tarikh majlis Puan Shida 16/04/2016
– HAJI KAMARUDIN (Melaka)
” Assalamualaikum w.b.t. Saya Haji Kamarudin dan keluarga amat berpuas hati untuk majlis perkahwinan anak perempuan saya di Restoran Klasik Terapung dan terima kasih kerana menyediakan bilik khas yang cukup selesa untuk tetamu saya yang berpurdah. En Syafiq thanks tau majlis lancar yang penting harga wedding boleh bincang sampai jadi.
Tarikh majlis Haji Kamarudin 28/05/2016
– DATO’ DOSMI (Putrajaya)
” Salam Syafiq, saya Dato’ Dosmi and family ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kerana telah menjayakan majlis anak lelaki saya. Semua tetamu dan tetamu VIP saya amat berpuas hati dan selesa.
Tarikh majlis Dato’ Dosmi 08/08/2015
– TUAN MAT LAHAM (Bukit Aman, Selangor)
” Salam warga Restoran Klasik Terapung, kami sekeluarga berpuas hati di majlis perkahwinan anak perempuan saya kemarin dan terima kasih kerana melayan semua kehendak keluarga saya untuk menyempurnakan majlis tersebut. Thank you. InsyaAllah nanti saya akan promote kepada kawan2 saya.
Tarikh majlis Tuan Mat Laham 07/06/2015
Pihak Restoran Klasik ingin memberi kredit dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada D’ Zul Ilham atas semua hiasan pelamin ini. Sejak awal majlis perkahwinan berlangsung di Restoran Klasik Terapung hingga kini, beliau lah yang telah bertungkus lumus menyiapkan hiasan pelamin raja sehari.
Maklumat Lanjut:
Telefon: 06-232 6745 / 06-232 6746
Fax: 06-232 4779
En. Syafiq: 012-904 0103 (Bahagian Pengurusan Majlis Perkahwinan)
Pn. Norena: 019-701 6086 (Bahagian Pengurusan Booking)
Waktu Operasi Restoran: 11.00 pagi – 3.00 petang & 6.00 petang – 12.00 malam
E-mail: [email protected] / [email protected]