previous arrow
next arrow
Slider
Majlis Perkahwinan di Restoran Klasik Terapung
Tentang Majlis Perkahwinan D' Klasik

Restoran Klasik Terapung (Tomyam Klasik) telah berjaya mengadakan lebih dari 200 majlis perkahwinan di restoran kami sejak tahun 2007. Perkhidmatan baru iaitu majlis perkahwinan ini telah berjaya dibawa selepas Restoran Klasik Terapung berpindah ke lokasi baru iaitu di Sungai Putat Melaka. Sewaktu penawaran majlis perkahwinan ini dibuka, kami telah menerima 2 majlis perkahwinan serentak yang akan diadakan pada tarikh dan waktu yang sama. Syukur Alhamdulillah majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan ramai. Semenjak itu, kami menerima banyak tempahan majlis perkahwinan, pertunangan, dan pernikahan di restoran kami.

Ada juga ibu bapa yang mengadakan hampir kesemua majlis perkahwinan anak-anak mereka di restoran kami. Ini kerana Restoran Klasik Terapung menyediakan segala kemudahan dan kelengkapan lengkap untuk majlis perkahwinan. Antara kemudahan yang kami sediakan ialah pelbagai jenis lauk pengantin, set pelamin dan bunga hiasan, hiasan makan beradap, set VIP, buffet lane, kambing BBQ, laluan karpet merah, DJ, kompang, kek pengantin, ruang menyambut tetamu, bilik hawa dingin (air cond), bilik nikah, ruang solat lelaki dan perempuan, parkir kereta yang luas, tandas lelaki dan perempuan dan pelbagai lagi kemudahan lain.

Anda boleh dapat segalanya kemudahan ini hanya di Restoran Klasik Terapung. Ramai yang suka buat majlis perkahwinan di restoran kami kerana hiasan restoran kami ala-ala klasik dan waktu majlis yang fleksible. Anda boleh juga adakan majlis perkahwinan di restoran kami pada waktu siang mahupun malam dan dalam kuantiti sikit mahupun banyak. Kami juga telah menerima tempahan majlis perkahwinan dari Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri, Tuan Haji, Pegawai Atasan, Ketua Jabatan Kerajaan dan banyak lagi. Pakej perkahwinan yang kami tawar pun sangat murah dengan harga serendah RM12.99 hingga RM14.99.

Majlis Perkahwinan D' Klasik
 
Majlis Perkahwinan

Restoran Klasik Terapung menyediakan perkhidmatan majlis pertunangan, pernikahan dan perkahwinan dengan kuantiti yang sedikit dan besar. Anggaran jumlah tetamu boleh muat maksimum sehingga 2000pax. Restoran kami menyediakan 2 pakej perkahwinan iaitu Pakej Perkahwinan Klasik A dengan harga serendah RM12.99 & Pakej Perkahwinan Klasik B harga serendah RM14.99 sahaja. Tiada had minimun tempahan.

Untuk maklumat lanjut sila klik butang dibawah!

TERKINI! Pakej Perkahwinan Restoran Klasik Terapung (Tomyam Klasik) 2017

 
Galeri Wedding Klasik Terapung

Anda pernah adakan majlis perkahwinan di Restoran Klasik Terapung? Atau anda penah menjadi photographer majlis perkahwinan di restoran kami. Jom hantar dan kongsikan gambar majlis perkahwinan bersama kami melalui laman facebook page atau email kepada kami klasikterapung@gmail.com. Pihak kami akan masukkan moment terindah anda bersama isteri dan keluarga di website rasmi kami ini. Jika anda seorang photographer, kami akan memberi kredit kepada anda dengan meletakkan nama syarikat, laman sosial dan no telefon anda di Blog rasmi kami jika anda kongsikan gambar dengan kami. Secara tidak langsung ia dapat memberi promosi percuma kepada anda. Pihak Restoran Klasik Terapung amat berbesar hati jika anda sudi kongsikan gambar majlis perkahwinan dengan kami.


Testimoni Wedding Klasik Terapung
 
Soalan Lazim

Masih mempunyai pelbagai soalan sebelum adakan majlis perkahwinan di restoran kami? Dibawah merupakan antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa dan bakal pengantin kepada kami. Segala soalan dan jawapan tertera dibawah.

Untuk maklumat lanjut sila klik butang dibawah!

 
1Apa pakej perkahwinan Restoran Klasik Terapung?

PAKEJ A - RM14.99 / PAX

(Minimum 1000 Pax)

* Nasi Putih

* Nasi Minyak

* Ayam Masak Rose

* Daging Kurma

* Dalca

* Masak Lemak Nangka / Pisang / Kobis

* Kerabu Mangga

* Mee Hoon Goreng

* Papadum

* Ulam & Sambal Belacan

* Ikan Masin

* Buah Tembikai

* 2 Jenis Kuih Melayu

--

* Sirap Ais

* Kordial Oren

* Air Suam

* Teh Tarik / Teh 'O'

* Cendol

* Bubur Kacang

* Aneka Keropok

2Apa pakej perkahwinan paling murah Restoran Klasik Terapung?

PAKEJ B - RM12.99 / PAX

(Minimum 1000 Pax)

* Nasi Putih

* Nasi Minyak

* Ayam Masak Rose

* Daging Kurma

* Acar Mentah

* Papadum

* Ulam & Sambal Belacan

* Ikan Masin

* Buah Tembikai

* 2 Jenis Kuih Melayu

--

* Sirap Ais

* Kordial Oren

* Air Suam

* Teh Tarik / Teh 'O'

* Bubur Kacang

3Adakah harga pakej perkahwinan dan termasuk sewa dewan?

Tidak. Anda perlu membayar sewa dewan kami dengan harga serendah RM2000 tetapi anda akan dapat:

* FREE Peralatan Kerusi & Meja

* FREE Buffet Lane

* FREE Pramasuji Beruniform

* FREE Ruang Menyambut Tetamu

4Bagaimana pula dengan pelamin dan lain-lain?

Untuk pemlamin dan lain anda perlu tambah duit mengikut harga yang tertera dibawah. Harga pakej perkahwinan tidak termasuk pelamain dan lain. Sila rujuk bawah untuk maklumat lanjut.

* 1 Set Pelamin & Bunga Hiasan (+RM2000)

* Kambing BBQ (+RM1500)

* Hiasan Dalaman, Scallop & Flower Arch (+RM800)

* Sewa Meja Makan Pengantin untuk 10 Orang (+RM500)

* Bilik Nikah, Tunang & 1 Set Mini Pelamin (+RM1200)

* Deejay & PA System (+RM500)

* Kompang (+RM300)

* Kek Pengantin Dengan Hiasan Meja Kek (+RM250)

* Laluan Karpet Merah (+RM250)

* Ser Meja Makan VIP & Dome Untuk 10 Orang VIP (+RM200 / Set)

5Apa testomoni majlis perkahwinan di Restoran Klasik Terapung?

" Salam En Syafiq, saya cikgu Amin sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Syafiq dan keluarga Restoran Klasik Terapung kerana telah menjayakan majlis perkahwinan anak saya dengan sempurnanya. Keluarga saya dan tetamu jemputan saya amat berpuas hati dengan makanan yang disajikan dan tempat yang cukup santai dan unik "

CIKGU AMIN (Jasin, Melaka). Tarikh majlis Cikgu Amin pada 06/02/2016

" Salam kepada warga Restoran Klasik Terapung kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Restoran dengan jayanya menyempurnakan majlis anak ke-4 kami disini. Alhamdulillah majlis yang ke-4 ini pun sempurna dengan majlis anak kami yang lain. InsyaAllah untuk anak saya yang ke-5 pun akan dibuat di Restoran Klasik Terapung. Jangan lupa beli majalah Pesona Pengantin keluaran Oktober 2016. Majlis anak yang dibuat di Restoran Klasik Terapung telah diterbitkan di majalah itu.

PUAN SHIDA (Melaka Tengah, Melaka). Tarikh majlis Puan Shida pada 16/04/2016

" Assalamualaikum w.b.t. Saya Haji Kamarudin dan keluarga amat berpuas hati untuk majlis perkahwinan anak perempuan saya di Restoran Klasik Terapung dan terima kasih kerana menyediakan bilik khas yang cukup selesa untuk tetamu saya yang berpurdah. En Syafiq thanks tau majlis lancar yang penting harga wedding boleh bincang sampai jadi.

HAJI KAMARUDIN (Melaka). Tarikh majlis Haji Kamarudin pada 28/05/2016

6Kenapa saya perlu buat majlis perkahwinan di Restoran Klasik Terapung?

1. Mudah dan cepat

2. Anda tidak perlu pening fikirkan pasal kemah, dewan, kompang, dj, pinggan mangkok, set VIP, ruang solat & parkir untuk tetamu, tandas dan sebagainya.

3. Tidak perlu susah kemas dewan.

4. Tidak perlu ikut tepat jam 4 petang habis majlis.

5. Barang rumah anda lebih selamat jika buat majlis di Restoran Klasik Terapung berbanding di rumah.

6. Tetamu dapat menjamu selera dengan aman dan selesa.

7. Lokasi yang cukup luas dan selesa.

8. Lokasi hanya 5minit dari Tol Ayer Keroh. Mudah untuk tetamu anda yang luar dari Melaka nak datang.

8. Ada ruang parkir yang luas

9. Ada surau lelaki & perempuan

10. Ada tandas lelaki & perempuan

11. Ada taman permainan untuk kanak-kanak.

12. Tak perlu menyusahkan saudara-mara.

13. Habis majlis boleh rehat secukupnya.

.
7Siapa saya perlu berhubung untuk majlis perkahwinan ni?
Sila hubungi / WhatsApp Manager Restoran Klasik Terapung iaitu En Syafiq di talian 012-904 0103. Beliau sangat berpengalaman dalam menguruskan majlis perkahwinan sejak tahun 2007 lagi.